Membina Personal Branding Pemain
21 September 2026 | Aktiviti Terkini20 Sept - NADI Felda Sungai Lui telah melaksanakan program E-SUKAN: Membina Personal Branding Pemain yang disertai oleh seorang Ahli NADI. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina personal branding yang positif dan profesional dalam bidang e-sukan. Peserta turut didedahkan kepada aspek pengurusan identiti digital, komunikasi, imej diri serta penggunaan media sosial secara bijak bagi membina reputasi sebagai seorang pemain e-sukan. Melalui program ini, NADI terus komited dalam menyediakan peluang kepada komuniti untuk meningkatkan kemahiran digital, kreativiti dan potensi diri selaras dengan perkembangan industri e-sukan dan teknologi semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: